Wednesday, March 17, 2010
Prolog...11:46am 16/03/2010..
Biacara hati, ada kalanya melegakan rasa hati tetapi ada kalanya menyakitkan lagi hati. Terkenang segala peristiwa yang berlaku membuatkan hidup tidak tenang sehingga mengganggu perasaan. Cuba ditepis tetapi lagi kuat mengganggu. Apa yang harus dilakukan. Hanya meluahkan rasa hati di atas kertas, memohon agar ia memahami perasaan ku ketika ini. Namun tak mungkin itu berlaku. Berapa banyak masa lagi yang harus aku pertaruhkan. Terasa diri ini begitu tidak berharga. Hanya berharga apabila diperlukan. Tiada siapa yang tahu akan rasa isi hati ini. Pedihnya tidak terkata. Jika sekali dua, tidak mengapa tetapi setiap kali, hanya aku dipersalahkan. Teruk sangatkah aku ini? Memang tiada kebaikan langsung ke yang ada pada diri aku ini? Adakah semuanya yang buruk sahaja? Sedihnya hati...bila difikirkan, siapa yang bersalah, hanya aku sahaja. Kenapa jadi begini, adakah kerana dosa silamku yang membuatkan aku menerima balasan dalam bentuk ini? Jika begitu, aku redha. Redha atas ketentuanMu Ya Allah...tabahkan hatiku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment